PROGRAM ANAK ANGKAT KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KAMPUNG BER, POS TUEL, GUA MUSANG, KELANTAN.

>> Isnin, 16 Mei 2011















Assalamualaikum.. Insya Allah pada 16-19 Julai 2011 EX-BDLKP Zon Timur akan mengadakan program Anak Angkat Siri ke-2 ke Perkampungan Orang Asli,Kg.Ber, Pos Tuel, Gua Musang, Kelantan. Segala perancangan telah dibuat dan sekarang pihak EX-BDLKP Zon Timur sedang mencari sumbangan untuk melicinkan lagi program ini. Di bawah adalah laporan perjalanan program yang telah dijalankan pada tahun lepas. Tujuan penulis melampirkan laporan dan gambar-gambar ini adalah untuk memberi gambaran kepada ahli alumni tentang aktiviti dan perjalanan program tersebut.

LAPORAN PERJALANAN PROGRAM ANAK ANGKAT KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KAMPUNG BER, POS TUEL, GUA MUSANG, KELANTAN.
TARIKH : 06 – 10 MEI 2010
SASARAN : ALUMNI PIMPINAN PELAJAR, MAIP ( Ex-BDLKP Zon TiMUR ) ANJURAN : EX- BDLKP ZON TIMUR DENGAN KERJASAMA ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

BIL. PESERTA MUSLIMIN : 20 orang
BIL. PESERTA MUSLIMIN : 21 orang
GURU PENGIRING : 3 orang

06 Mei 2010
Semua peserta yang terlibat mendaftarkan diri di perkarangan MAIP pada jam 3.30 – 4.30ptg. Setelah selesai sesi pendaftaran, kami menunaikan solat Asar berjemaah, semua peserta menyusun atur barang yang akan di bawa semasa program ke dalam bas. Tepat jam 5.15ptg bas bertolak dari perkarangan MAIP menuju ke Pusat Latihan Orang Asli, Kok Lanas ( IOA ). Pada jam 6.25ptg kami tiba di perkarangan Pusat Latihan Orang Asli, Kok Lanas ( IOA ). Setelah menurunkan barang dari bas, kami menyusun atur semula barang tadi ke atas kenderaan yang akan membawa kami ke perkampungan orang asli. Setelah selesai mengemas barang, kami bersiap untuk menunaikan solat Maghrib. Setelah selesai solat, kami di jemput untuk menjamu selera di kantin IOA. Selepas makan kami bersiap untuk solat Isyak dan seterusnya mendengar taklimat khas bagi menerangkan perjalanan program kami nanti. Setelah selesai mendengar taklimat khas, semua AJK program dipanggil untuk mendengar taklimat khusus oleh pengarah IAO. Setelah itu, kami semua tidur.


07 Mei 2010

Pada 5.00pg, kami bangun dan kendiri. Setelah itu, bersiap sedia untuk solat Subuh. Setelah selesai solat subuh, kami membaca surah Yaasin. Pada jam 7.30pg, kami bersarapan di kantin bersama staf IOA. Selepas makan, kami membuat persiapan akhir sebelum bertolak ke perkampungan orang asli. Tepat jam 10.00pg, kami bertolak dari perkarangan IOA ke perkampungan orang asli. Dalam perjalanan, kami telah berhenti di beberapa tempat, antaranya ; stesen minyak Petronas, Kuala Krai untuk mengisi minyak, Masjid Bandar Gua Musang untuk solat Jumaat dan solat jamak, dan di persimpangan jalan sebelum masuk ke perkampungan orang asli. Pada jam 4.30ptg kami tiba di perkampungan orang asli, Kampung Ber, Pos Tuel, Gua Musang. Kami disambut oleh ketua kampung dan orang kampung dengan senyuman yang terukir. Kami menurunkan barang-barang dari kenderaan ke dalam markas. Setelah selesai menurunkan barang-barang, kami dipanggil oleh urusetia program untuk berkumpul di bawah khemah khas untuk meneruskan aktiviti pembahagian anak angkat. Setelah pembahagian anak angkat, kami dikehendaki mengadakan ziarah keluarga angkat. Oleh kerana hari hujan, agenda tersebut terpaksa ditunda. Kami membuat persiapan untuk solat Maghrib. Setelah masuk waktu, kami menunaikan solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, kami berkumpul dan membuat penyusunan strategi bagi mengelak agenda yang dirancang tergendala. Setelah masuk masuk waktu Isyak, kami menunaikan solat Isyak berjemaah. Selepas solat, kami menjamu selera dan rehat sebelum tidur.


08 MEI 2010
Seawal jam 5.15pg ada dalam kalangan kami sudah bangun dan membangunkan yang masih lena untuk bersiap solat subuh. Setelah solat Subuh, kami mendengar sedikit kuliah dan taklimat ringkas tentang perjalanan program pada hari ini. Selepas itu, kami keluar dari markas untuk beriadhah dan mengadakan ziarah keluarga angkat. Pada jam 8.00pg, kami dipanggil oleh urusetia untuk hadir ke markas bersama keluarga angkat bagi menjamu sarapan pagi bersama keluarga angkat. Seterusnya, pada jam 9.30pg, kami dilepaskan untuk membuat aktiviti bersama keluarga angkat. Ada dalam kalangan kami yang ke kebun, berjala dan mengadakan aktiviti lain bersama keluarga angkat. Sepanjang bersama keluarga, kami diamanahkan untuk, memberi penerangan Fardhu Ain kepada ahli keluarga, solat Zohor dan Asar berjemaah. Pada jam 6.30ptg, kami dikehendaki kembali ke markas. Di markas kami bersiap untuk solat Maghrib dan solat Maghrib berjemaah. Seterusnya kami mendengar kuliah(Fardhu Ain) dalam tuturkata Tumiar. Setelah masuk waktu Isyak, kami solat berjemaah. Selepas solat, kami menjamu selera bersama penduduk yang hadir untuk solat berjemaah. Selepas makan kami berehat dan tidur.


09 MEI 2010
Pada pagi yang indah ini, kami begitu bersemangat. Setelah selesai solat Subuh berjemaah, kami mendengar taklimat ringkas sebelum keluar markas begi perjalanan hari ini. Pada jam 7.30pg, kami kembali ke rumah angkat kami untuk mengambil bekas untuk diisi makanan sarapan pagi. Pada pagi ini, kami bersama keluarga angkat diberi peluang untuk ke Pos Tuel. Dan ada yang terpaksa tinggal di kampung untuk membuat persiapan “ Cak Rakyat ”. Pada tengaharinya, kami menjamu “ Cak Rakyat ” bersama keluarga masing-masing. Selepas makan, kami dipanggil ke khemah utama untuk agenda pembahagian pakaian sumbangan. Pada jam 3.00 – 4.15ptg semua peserta muslimat bersama ahli keluarga muslimat diberi peluang untuk bermandi-manda di sungai. Setelah masuk waktu Asar, kami menunaikan solat berjemaah bersama keluarga masing-masing. Setelah solat, peserta muslimin bersama ahli keluarga muslimin diberi kebenaran untuk mandi-manda di sungai, manakala peserta muslimat dan ahli keluarga muslimat menyediakan makan malam. Pada jam 6.30ptg, kami dikehendaki makan malam bersama keluarga angkat. Setelah masuk waktu Maghrib, kami bersama keluarga angkat menunaikan solat Maghrib berjemaah di markas. Selepas solat kami mendengar kuliah Maghrib dalam tuturkata Tumiar. Setelah masuk waktu Isyak, kami solat berjemaah dan seterusnya menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Setelah selesai acara dewan, kami membuat persiapan untuk bertolak pulang keesokan paginya. Setelah selesai membuat persiapan kami tidur.

10 MEI 2010
Seawal jam 4.45pg kami sudah bangun dan kendiri. Setelah masuk waktu Subuh, kami solat berjemaah. Selepas solat, kami mengangkat barang-barang yang akan di bawa pulang ke dalam kenderaan. Setelah siap membuat persiapan akhir, kami dikehendaki bersama keluarga angkat untuk sesi pembahagian buah tangan dan seterusnya mengadakan majlis perpisahan bersama keluarga. Tepat jam 8.30pg, kami bertolak keluar dari perkampungan orang asli, dalam perjalanan keluar satu perbincangan ringkas telah diadakan. Oleh kerana kenderaan yang kami naiki kekurangan minyak. Kami terpaksa ke Tanah Rata untuk mengisi minyak memandangkan jarak antara tanah rata dengan perkampungan orang asli tidak berapa jauh berbanding dengan Bandar Gua Musang. Pada jam 12.00tghari kami tiba di Tanah Rata. Setelah selesai mengisi minyak, kami mengambil sedikit masa untuk membeli sedikit bekalan untuk dibawa pulang. Pada jam 1.00ptg, kami bertolak dari Tanah Rata ke Masjid Bandar Gua Musang. Pada jam 3.30ptg, kami tiba di perkarangan Masjid Gua Musang. Seterusnya kami menunaikan solat jamak sementara menunggu bekalan makanan tengahari sampai. Pada jam 4.30ptg, kami meneruskan perjalanan pulang. Tepat jam 7.30mlm, kami tiba di perkarangan IOA dan menunaikan solat jamak. Pada jam 7.45mlm bas yang akan kami naiki untuk pulang tiba di perkarangan IOA. Kami memasukkan barang dalam bas dan menyelia barang yang telah digunakan. Pada jam 8.15mlm, kami bertolak dari IOA ke MAIP. Tepat jam 9.30mlm, kami tiba di perkarangan MAIP. Setelah memunggah turun semua barang. Kami membuat liqa’ dan bersurai.

Laporan disediakan oleh:
……………t.t………………..
MOHD NORSHARIFUDDIN BIN MOHD RASHIDI

SETIAUSAHA
PROGRAM ANAK ANGKAT

Ini sebahagian daripada gambar-gambar semasa di sana.. Telalu banyak koleksi gambar kami kumpulkan tetapi hanya ini sempat diupload. Harap maaf jika ada kekurangan dari pihak penulis.


Di
Pusat Latihan Orang Asli, Kok Lanas ( IOA )

Ketika Mendengar Taklimat Daripada Tuan Hj. Abdul Khalid B, Ahmad. Ketua Eksekutif Pusat Latihan & Dakwah Orang Asli ,Islamic Outreach ABIM Negeri Kelantan.


DI KG.BER


belajar tutur kata Tumiar daripada Penghulu Kampung



memilih pakaian yang sesuai untuk ahli keluarga


Berada di bawah khemah khas untuk meneruskan aktiviti pembahagian anak angkat






Ucapan aluan oleh penghulu kampung


Riadah bersama..di sinilah kemesraan & keselesaan mula terjalin

mencari hasil hutan

Belajar salah satu kesenian masyarakat orang asli





Gambar kenangan bersama keluarga masing-masing.


Untuk pengetahuan semua, aber(ayah angkat) sering menghubungi kami jika mereka keluar ke Tanah Rata,Cameron Highland. Semoga ukhwah yang kami bina berkekalan dan dirahmati Allah.. Amin









0 ulasan:

On-Line

  © Blogger template exbdlkp amir indra petra by http://lamanexbdlkp.blogspot.com/ 2008

Back to TOP