SESUCI HARI LEBARAN,SEINDAH TAUTAN UKHWAH

>> Jumaat, 10 September 2010




Salam ukhwah kuhulurkan buat semua sahabat-sahabat alumni badan dakwah & latihan kepimpinan pelajar (EX-BDLKP).Tak dilupakan juga buat Ustaz-ustazah,guru-guru warga pendidik Maahad Amir Indra Petra (MAIP) terutamanya ustaz Hj. Ibrahim Fikri Bin Mamat selaku penaung EX-BDLKP,ustaz Solah @Abd Samad Bin Mat selaku penasihat EX-BDLKP,serta semua guru penasihat BDLKP.


Alhamdulillah…..pertama sekalinya….ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya ALLAH,Di atas segala nikmat,Rahmat & pelbagai anugerah yang ENGKAU kurniakan kepadaku yang tidak terhitung banyaknya.Di kesempatan ruang ini,saya mewakili soft pimpinan EX-BDLKP ingin mengucapkan salam aidulfitri buat semua Warga pendidik MAIP,sahabat-sahabat EX-BDLKP samaada yang berada di Malaysia ataupun luar Negara,moga ukhwah kita terus utuh,semangat kita terus teguh untuk bersama-sama memberi sumbangan untuk Islam.Mohon maaf juga buat semua jika kami barisan pimpinan melakukan kesalahan,kekasaran,tersalah kata atau tidak memberikan khidmat yang memuaskan hati guru-guru serta ahli-ahli EX-BDLKP.Sekali lagi,kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kesilapan & kelemahan yang ada pada diri kami.Kami mengharapkan teguran,cadangan dan idea yang membina dari semua untuk memantapkan lagi EX-BDLKP.Moga dengan teguran atau cadangan yang diberi akan membuahkan natijah yang lebih baik untuk kita semua.

Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita,bulan yang penuh dengan keberkatan & keistimewaan.Maka rugilah buat diri kita jika tidak menggunakan kesempatan yang dikurniakan oleh ALLAH untuk beribadah sebaiknya pada bulan Ramadhan tahun ini kerana bulan Ramadhan tahun hadapan belum tentu masih ada ruang untuk kita.Moga ALLAH masih memberikan kesempatan untuk kita berada pada bukan Ramadhan tahun hadapan.

Akhir kata,sekalung tahniah & penghargaan buat ustaz-ustazah yang tidak jemu-jemu menyokong kami dalam membuat gerak kerja EX-BDLKP terutamanya penasihat EX-BDLKP ustaz solah serta abang-abang,akak-akak,adik-adik dan sahabat-sahabat seperjuangan yang sudi member sumbangan samaada sumbangan tenaga,keewaangan,moral,doa dan sebagainya.Jasa kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya,moga kita semua berada dalam katogeri MUKMIN yang memperjuangkan agamaNYA.WALLAHUA’ALAM

SALAM AIDULFITRI 1431 H

MUHAMMAD ZAEIM ZAKARIA
YDP EX-BDLKP SESI 2009/2010

0 ulasan:

On-Line

  © Blogger template exbdlkp amir indra petra by http://lamanexbdlkp.blogspot.com/ 2008

Back to TOP