Putera Ramadhan: Singa Allah,Hamzah Hasbullah
>> Jumaat, 20 Ogos 2010
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..
Mabruk dan tahniah diucapkan kepada sahabat akhi Hasbullah bin Mohamed ( Abe Loh) dan isteri serta keluarga di atas kelahiran putera sulung Hamzah Bin Hasbullah. Didoakan dengan kelahiran putera sulung ini Allah swt akan murahkan lagi rezeki akhi sekeluarga.. semoga zuriat yang lahir bakal menuruti susuk asal pemilik nama hebat ini Sayyidina Hamzah r.a yang digelar Singa Allah sebagai mana luahan akhi Hasbullah:
"Dulu, zaman Melayu Melaka, dikhabarkan tentera Melaka tewas perang kerana tidak dibacakan kepada mereka akan kitab Amir Hamzah, yakni kisah tentang panglima gagah berani zaman Rasulullah SAW, Saidina Hamzah r.a.
Sempena nama pahlawan gagah itulah maka saya namakan permata hati saya ini. Semoga membesar menjadi seorang pejuang yang membela agama Allah - Islam, insyaAllah.
Lahir di Hospital Likas, Kota Kinabalu pada 9 Ogos lalu, jam 4.50 petang dengan berat 2.9 kg".
Wajah-wajah ceria Hamzah Hasbullah:











0 ulasan:
Catat Ulasan